Wednesday, 11 January 2012

amalan-amalan tudung



tudung hanyalah kain, tapi hakikat/makna di sebalik tudung tu yg harus kita fahami..

hakikat tudung ialah perlindungan zahir & batin. melindungi mata daripada memandang lelaki yang bukan mahram, melindungi lidah daripada mengumpat orang & bercakap perkara sia-sia. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah, lindungi telinga daripada mendengar perkara yang mengundang mudarat baik untuk diri atau masyarakat, lindungi hidung daripada mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan daripada berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran daripada berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdaya nafsu, lindungi hati daripada sesuatu selain Allah...

...maka, bila sudah biasa, maka tudung yang dipakai akan menyinari hati. itulah hakikat tudung.


bila memakai tudung, itulah kurniaan & rahmat daripada Allah. apabila disyukuri nikmat itu, Allah akan kurniakan kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' sehingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah!

"pakaian muslimah yang belum boleh digunakan utk solat merupakan pakaian Islam yang belum sempurna dan harus disempurnakan. 
hal ini memang cukup berat untuk dilaksanakan oleh muslimah apabila tak diiringi dgn keimanan & ketakwaan yg mantap..."




nak sangat baca buku Manikam Kalbu, Faisal Tehrani..dulu pinjam adik dorm tak sempat habis baca...

3 comments:

Wan Tu Tri said...

Manikam Kalbu sangat best.

Cari sampai jumpa.

duit banyak kan :D

nora said...

duit mmg ada. tp tak pernah nmpak pun kat kedai buku..

kat US ada tak? kirim..

Ndea said...

nice entry! :)