Wednesday 15 February 2012

kitaran

telah berkali-kali-kali dia mencuba. setiap kali; dia bertekad, membulatkan azam. dan setiap kali juga, dia gagal. mahu atau tidak, kata hati itu tetap diturutkan..dia ketagih. apa boleh buat, seolah-olah kitaran. dia mahukan perubahan. dia jatuh, bangun, dan jatuh kembali. bersyukur, itu tandanya dia masih berTuhan..yang tak pernah jemu menunjukkan panduan.

tapi, sampai bila?

dugaan datang kiri dan kanan. diasak, ditolak..dia masih belum cukup kuat. dia akui. dia perlukan teman. teman  sama-sama memimpin tangan menuju kebahagiaan. tapi mungkin masanya belum tiba..dan sehingga itu, dia terus..jatuh, bangun dan jatuh lagi. meneruskan kitaran.

tapi, sampai bila? 

apakah hidayah itu akan terus datang di saat dia jatuh? bagaimana jika dia dibiarkan Tuhan terus terjatuh, terjelepuk menyembah bumi? apakah nanti, dia masih berdaya untuk bangun kembali? bilakah kitaran itu akan terhenti?

maha luas kurniaanMu Tuhan. kepadaMu dia pohon kekuatan.


No comments: