Monday, 13 May 2013

Semalam..


Semalam, kau menangis, kau meratap. Seolah-olah dunia kau akan berakhir. Kau takut. Kau harus memilih, kau harus membuat keputusan. Masalah itu kau rasakan terlalu berat. Kau tidak mampu. Kau tidak nampak mana-mana jalan keluar. Kau buntu.

Tapi, Allah sayang kau. 

Kau lihat hari ini. Kau masih boleh tersenyum, bukan? Kau masih boleh ketawa. Kau masih punya sahabat-sahabat. Kau masih ada ibu. Hari yang kau rasakan gelap, rupanya masih ada mentari yang sudi menyinar. Malam yang kau rasakan kelam, rupanya masih ada bulan yang setia menanti.

"Tiadalah buat kita untuk merasa cemburu atas milikan orang lain. Boleh jadi apa yang ia miliki merupakan barang ujian buat dirinya.."

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?  




2 comments:

akbe said...

Jangan sampai apa yang kita "tidak" ada menhalang kita menghargai apa yang kita ada..~

Nsaa said...

:)