Andai cinta itu sifatnya material semata, mahu aku beri segalanya yang aku punya. Namun hartaku tidaklah seberapa. Keluargaku bukan orang berada. Yang kumiliki kini semua pinjaman Tuhan semata. Aku anak yatim, dan punya ibu yang kadang kala jatuh gering. Namun, kusyukuri, dengan segala kekurangan; Tuhan limpahi kebahagiaan.
Andai cinta itu sifatnya material semata, sungguh, aku tidak mampu.
Namun aku punya hati, yang sudah kau sentuh beserta niat yang suci. Kau tahu di mana kelemahanku, maka bimbinglah aku dengan setulus hatimu. Kau tahu di mana sakitku, maka rawatlah aku dengan seikhlas ragamu. Kau tahu siapa aku, terimalah aku, andai itu yg terbaik bagimu, andai itu takdir yang ditetapkan Tuhan untukmu.
No comments:
Post a Comment