Saturday 1 January 2011

merinduimu...

tahun 2010..melabuhkan tirainya. keletihan satu hari berjalan dengan kawan-kawan di Times Square. hai manusia..tak usah cakap lah. terlalu ramai. biasalah, malam tahun baru. niat asal ke situ, mahu main boling..lepaskan gian. alhamdulillah, masih lagi mengekalkan kejuaraan (poyo @ koya).

saya tutup tirai 2010 dengan linangan air mata. saya rindu ayah. terlalu rindu. entah, siang tadi gembira bergelak tawa dengan kawan-kawan..malamnya,tiba-tiba saja perasaan itu menjentik hati.

mungkin rindu itu satu rahmat.


"abg..rindu ayah lah..hm, alfatihah buat ayah.."

"hm...yup, samalah..abg pun.."

rupanya saya tak kesorangan berperasaan begitu. abang pun turut merasa.


sedih saya bersebab. seorang kawan (senior) menceritakan perihal ayahnya yang bermasalah, curang, tak bertanggungjawab dan sebagainya. ala-ala drama melayu.

saya tahu, setiap keluarga ada masalah sendiri. dan orang luar tak akan pernah faham masalah dalam keluarga kita. tapi nasihat saya, seburuk mana pun perangai ayah..cukuplah sekadar membenci perbuatannya, jangan sesekali benci ayah.

mungkin ada perbuatan ayah yang buat kita sakit hati. tapi percayalah, satu hari nanti, kita yang akan menyesal.

saya sudah alami semuanya.

ya, saya menyesal kerana tak sungguh-sungguh sayang ayah. entah saya pun tak tahu; apakah terampun dosa-dosa saya terhadap ayah.....sedangkan saya tidak sempat berjumpa ayah saat beliau melepaskan nafas terakhir. tangan sejuk ayah saya salam, pipi kaku ayah saya kucup. itu pun saya hanya mempunyai kekuatan untuk menatap wajah ayah pagi sebelum ayah di mandikan. sedangkan saya sampai di rumah pada jam 3 pagi. lulut saya terlalu lemah untuk menatap wajah ayah ketika itu.


sungguh, saya teramat rindukan ayah..



untunglah bagi mereka yang masih punyai ayah. ayah kita mungkin tak sehebat nabi muhammad, tapi dia lah sebaik-baik ayah yang dikurniakan buat kita. bagi mereka yang ayahnya bermasalah, doalah sungguh-sungguh agar pintu hatinya terbuka sebelum ajal datang menjemput. jangan jadi seperti saya, yang menyesal tak sudah....


kadang-kadang saya cemburu lihat kawan-kawan yang berborak di telefon dengan ayah ibarat kawan. sangat mesra....heh? saya? rasanya tak pernah berborak dengan ayah di telefon. kalaupun ayah yang menjawab telefon, saya akan terus minta serahkan kepada ibu. ruginya saya...



apa guna saya menyesal? semua telah berlalu..hanya doa yang mampu saya kirim.



apa guna mengharap cinta seorang lelaki yang akhirnya mengecewakan dan menipu jika ayah sendiri pun tak mampu saya sayang sepenuh hati.....




kesedihan ini kadang kala memotivasikan diri, agar menjadi anak yang solehah. saya mahu jadi aset paling mahal untuk ayah di akhirat sana.






hm..entah, sama ada ini permulaan yang baik atau buruk, bersedih menyambut tahun 2011..














allah, berikan ku kekuatan.....




ayah, sungguh...aku merinduimu.
alfatihah buat ayah

5 comments:

kucingred said...

nora, bykkan bersabar ye...
smg Allah kurniakan ketabahan dlm diri anda
jgn sdih2 k

~cik fitriah~ said...

nora..tabahye sayang..
aku pun perasan ko diam je..

kau kuat ye..

alfatihah~~

Anonymous said...

banyakkan bersabar.

doa anak soleh/solehah itu sampai buat orang tuanya.

Mungkin kita tidak banyak berjasa kepadanya sewaktu kita hidup - tetapi itu tidak bermakna peluang kita tertutup begitu sahaja.

Oh, Allah maha bijaksana - juga Maha pengampun.

p/s: betul la, bila ayah jawab call terus mintak pass kat ibu. Well, lain ayah lain caranya.

asmaa' binti ahmad jafree said...

salam sahabatku sayang..

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"-albaqarah:286

di saat dirimu terasa lemah Allah telah menjawab melalui kalam rasulnya

"janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedoh hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman"-ali imran:139

berharaplah dirimu pada-Nya kerana dia telah berfirman

"cukuplah aAllah bagiku, tidak ada tuhan selainnya. Hanya kepadanya aku bertawakkal-at taubah:129

jangka sangka dirimu keseorangan sedangkan Allah yang paling denganmu..kasih sayangnya melebihi kasih si ibu dan ayah..

MissInvisible said...

sy syg ayah sy...:)
thnks nora...
sy takot kehilangannya...
Sy pom rindu arwah mak...alfatihah