Thursday, 3 February 2011

the Q



dua tiga hari ini, terasa KL dah macam kelantan. hujan renyai-renyai dan sangat sejuk. natijahnya, saya tidur 6 jam lepas maghrib - bangun untuk solat, study ala kadar - 2 jam lepas itu, tidur balik. yang ini, sila jangan tiru. ini bukan ciri-ciri pelajar cemerlang D:

mujur minggu ini 'sekolah' cuma 3 hari..selalunya, lepas balik kampung saya lebih semangat sikit!



kelas minggu ini pun boleh tahan sibuknya. (see...dalam sibuk-sibuk ini, tidur saya sangat cukkkuuuuuuupppp!)




MOQ (MEMORIZATION OF QURAN)

sepatutnya, minggu ini tak ada kelas MOQ (khamis kan cuti). tapi ustaz ganti. ya lah, sem 2 ini hafaz surah pendek-pendek saja. tak la susah sangat. dari al-a'la sampai an-nas. seminggu satu surah, siapa nak shoot 3 surah terus, di alu-alukan.




stop.




tak susah sangat?



secara teori, memang tak susah. surah-surah lazim. ada yang dah hari-hari kita baca setiap hari dalam solat. untuk budak-budak selangor, saya, dan juga maisara, ada beberapa surah yang kami pernah hafal masa di sambest atau sekolah rendah, jadi mudah lah sikit (hafal untuk PSRA darjah 6)



bila sampai giliran saya, baru saya percaya cakap ustaz - jangan ingat surah pendek-pendek ini mudah. lagi pendek ayat tu, lagi kamu hentam saja tajwid, sebab nak ingat ra'asul ayat (kepala ayat) yang seterusnya. sebab surah pendek, kamu tak ambil perhatian-tak teliti betul-betul tajwid.


haa..betul lah.


guess what? surah an-insyirah saya tergagap-gagap! padahal hari-hari baca dalam solat. tak tahu lah macam mana, ayat kedua saya sangkut. ciss..malu kat ustaz.

"er..nanti saya datang tasmi' balik lah ustaz.."

kali ke 2: tajwid pula sangkut. sebutan 'hamas' huruf 'kaff' tak jelas. ulang balik.

kali ke 3: lepas. alhamdulillah.




kenapa saya cerita?

bukan untuk buka pekung di dada, apatah lagi untuk berlagak. hey, kawan-kawan lain tu..dah berjuzuk-juzuk hafal quran. kami di sini baru nak mula.

ok, saya tipu. saya bukan baru nak mula. hakikatnya, 5 tahun sekolah menengah ada juga kelas quran, kan?




tapi, mana kualitinya??




saya hanya mahu cerita tentang diri saya, pendapat saya. sebab saya tahu, ramai lagi lebih hebat daripada saya. apa yang buruk dari saya, jadikan pengajaran..

dari tingkatan 1, sampai 5..syllabus quran memang mantap. maksud saya, surah-surah yang memang selayaknya untuk pelajar-pelajar 'bestari'.surah-surah panjang. saya juga menghafal. mesti. sebab masuk periksa.



saya akui saya lemah sikit mengingat.



tingkatan 1 sampai 4: ok lah..lancar lah juga.lulus.



masuk tingkatan 5: dah malas-malas dah. in fact, saya rasa saya tak menghafal apa-apa pun kecuali surah sajadah dan yasin! saya masih ingat ustazah quran waktu itu, ustazah kartina; sebelum di ganti dengan ustazah farhana.

masa zaman ustazah kartina, agak lenient sikit. jadi saya tak menghafal sangat pun. in fact, masa ujian bertulis, mujur lah iman safruddin baik hati bagi tengok kertas dia. ujian kali tu, memang lulus.


tapi nak tahu apa saya dapat sekarang?

RUGI.


yup..memang ada surah yang dah hafal. tapi banyaknya, dah lupa. mana kualitinya?

tak tahu lah kalau ini cuma anggapan saya seorang. bila dah masuk alam uni ni, barulah rasa ruginya belajar 5 tahun dulu semata-mata untuk periksa.

utk ilmu-ilmu baru, memang tak ada masalah..seronok belajar.




tapi bila masuk kelas-kelas arab, tafsir, hadith..aduh, kadang-kadang rasa malu sendiri. monolog dalam hati..

"aku dah belajar lah benda ini kat sekolah dulu. boleh nya tak ingat?? sia-sia je belajar dulu"


seriously, bila balik kampung hari tu, saya cari balik buku-buku tajwid saya darjah 6, buku-buku muzakkirat saya masa SMA..

rasa malu pula kat buku-buku itu.

dalam sijil..PSRA mumtaz, SMA mumtaz..tapi semuanya nothing.






REFLEKSI

Usaha untuk lebih menghargai ilmu. jangan rasa 5 tahun sekolah agama sudah cukup. padahal orang yang tak sekolah agama, mungkin lebih tinggi ilmu nya.

apa yang lepas, jadikan pengajaran.


"jangan anda hiaraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki"

dipetik: buku Jangan Bersedih-Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia



the Q : Quran, Quality (:

12 comments:

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

xpe..selagi ade masa kita cuba baiki dan perbetulkan..

lihatlah ke hdpn, jgn pdg belakang..:)

syazwanadzhar said...

Alhamdulillah syukurlah dapat belajar balik.

Allah sayang lagi tuh.

For me, the only religious class yang ada (formal la) ialah Matapelajaran wajib Islamic studies.. tapi Ustazah yang ajar dalam bahasa Melayu, and periksa pun dalam bahasa Melayu.

Itu masa Sem 2, seronok sangat time tuh. Terutama bila presentation. Ya lah, dah lama tak cakap kat depan dalam bahasa Melayu en. hehe.

Anyways, good luck for everything you do. There is always room for improvement. Better late than never kan :)

hanim yusra said...

chayok2!!

-man ana- said...

Agree with syazwan..

Baguslah saudari menyedari hal itu..
yang paling penting sekali kita malu dengan Allah. Malu kerana apa, kita yang diberi peluang berkali-kali untuk "faham" ad-deen-Nya tidak menggunakan peluang-peluang tersebut sebetul-betulnya. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. saudari masih diberi peluang.. Bila mana seorang hamba-Nya itu sedar... maka datanglah perasaan utk berubah. BANTUlah sahabat-sahabat yang kurang ilmunya dalam "peluang"-"peluang" ini..

Jom renungi kata-kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-banna :
"Medan imaginasi(khayalan) itu lebih luas dari medan cakap(kata2),
Medan cakap itu lebih luas dari medan amal,
Medan amal itu pula lebih luas dari medan jihad,
Dan sebaik-baik jihad adalah jihad yang muntij"

Wallahua'lam..

Anonymous said...

Al-quran ni mmg sensitif sikit..
Sng 'merajuk'..
Skali tak bukak, 2x die jauh..
Tidak kiralah jauh dari segi ilmu tajwidnya ke, hafazannya ke, tafsirannya ke..

Sebab Al-quran itu mukjizat dan bakal menjdi syafaat...

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

norimah: jangan pandang belakang (:

syazwan: xpela..wlaupun ade skali je yg formal, aku tw kau mesto byk jgk cari ilmu secara informal kn? allah sayang jgk tu. masih ada peluang. gud luck too (:
p/s: tolonglah jgn lupa ckp melayu bile kt US nnt :D

aten wani: he..miss u la aten. mai la dtg pandan :(

man ana: yup.stuju..haih..,'peluang'..simpleword,big meaning..need a lot of mujahidah too.
may allah bless all...

anonym: betul2..serius,Quran ni lg romantik kot drp kekasih duniawi..contoh, kalau sedih2, bace Quran..dan2 je nnti, kite terjumpa ayat yang seolah-olah pujuk kite..soothing..

Nurul Athirah said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Athirah said...

THE BEST MOTIVATIONAL BOOK EVER

no word can describe how beautiful quran is.



btw, hural ain tu rasanya hayati kot..hehe

asmaa' binti ahmad jafree said...

EMM..QURAN YANG ROMANTIK..SUKE2..=)

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

tira: aah..tu la..bru perasan semalam.hu. malu2..

asmaa': :)

zikrulmaut said...

salam alaiki..

hmm...bnde ni nmpak kecil tp besar sbenarnye kan..

nice...=)


nora, ~H.u.r a.L 'a.i.N~ bkan ima, tu yati...


i'm zikrulmaut..=)
-norimahyusoff-

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

imah: alamak..asif2..adui, malunye..maaf ye cik hayati n cik norimah. lain kali letak name btul la eh..hu :)