Saturday, 22 January 2011

ibuku hebat!


dari hari tu rasa nak tulis sesuatu..tapi tak kesampaian. sebab terlalu banyak benda nak tulis dan selalu terfikir-fikir : patut tak saya tulis?

yalah, blog ini bukan saya seorang baca. lihat saja pada stats (ok..baru tahu stats ini apa semalam..haa)

cuti 4 hari ini rasa best. maklumlah, dah dekat sebulan tak balik rumah. bukan jauh sangat pun..tapi yalah, memang hasrat saya..tahun 2011 saya nak 'sibuk'kan diri..travel..

yeah..pencapaian terbaik setakat ini, travel ke UKM bangi..pergi dengan bakal raja sehari (hehe) risau juga lah..kalau-kalau ada apa-apa terjadi kat akak tuu..haish, habis la saya..darah tengah manis la katakan :) tapi alhamdulillah semua selamat..

di situ, memang betul-betul nampak campus life. seronok juga lah..pergi tempat orang. dan paling penting, ada sesuatu saya belajar dari situ.. (walaupun forum daripada ust hasrizal & ustaz asyraf imam muda tak lah terlalu menarik perhatian saya - tak dapat dengar full..datang lambat)

what goes around, comes around.

yup, kita buat baik pada orang, orang akan balas baik.

buat jahat, orang balas jahat. padan muka nora...(sila ambil pengajaran..dapat 'bayaran' cash)


and one more thing :

elakkan berdendam..hm..bak kata orang,

forgive & forget...

tidur di UKM semalaman..pukul 6.30 pagi dah tercegat di bus stop. terus ke keramat.




siapa cakap anak bongsu-tunggal-perempuan tak tahu buat kerja?

hari pertama di rumah, ibu ajak cabut ubi..

wahwahhh...puas hati sangat!

ubi tu panjang dekat 2 hasta, besar macam lengan saya! memang berbaloi-baloi!
tapi nak cabut tu bukan senang..
korek sikit-sikit tanah...goyang pokok perlahan-lahan..tak mahu ubi tu patah..
korek, goyang...korek,goyang..

haish..tak mahu jugak..masih kuat mencengkam tanah.
apatah lagi, hanya berbekalkan kudrat dua orang wanita -saya & ibu...

mujur ada sepasang suami isteri lalu tepi jalan..kesian agaknya lihat kami separuh mati tarik ubi tu (hehe)..pakcik tu pun tolong tarik..hm, tenaga lelaki..memang la senang.

bangga ibu bila pakcik itu puji ubi sangat-sangat menjadi :)

ibu saya memang tak dinafikan lah hebatnya, walaupun dah lebih separuh abad-tenaga masih tip top! ibu lagi sihat di kebun berbanding di rumah..

jadi, sesiapa yang akan jadi menantu ibu..sila asah skill anda di kebun. kalau tak alamatnya kena 'ban' la dengan ibu : ibu tak suka orang lembik..tak tahu buat kerja, ok!



hari ini pula, pergi kebun..bersih-bersihkan pokok pisang..pokok pandan.

pisang,pandan..jangan main-main,, boleh buat duit ini.laku!

kalau dulu tanam serai, labu manis..itu lagi seronok..
teringat dulu tolong arwah ayah petik serai, bersihkan,ikat..sebelum di jual..
pergh..puas sangat bila tengok serai tu gemuk-gemuk!

labu manis pula..memang paus hati. berbaloi-baloi bila petik hasil..4-5 kali saya berulang alik dari kebun ke rumah angkut labu tu guna kereta sorong.

saya suka sangat-sangat sebenarnya duduk kampung. sangat-sangat suka! hm..entah la..nanti dah kerja, ikut suami..dapat lagi ke tak berbudi pada tanah ni...

tapi rasanya banyak lagi masa saya nak habiskan di kampung ini.
sebab saya nak dapatkan master saya dulu.
baru kahwin. nak betul-betul jadi anak mak dulu..
amacam? haa..

apa-apa pun, itu semua perancangan..allah juga lah yang tentukan.


ibu saya memang kuat semangat. walaupun dah ditinggal suami, semua kerja beres..dari dapur..sampai ke kebun.ibu mampu buat. hebat ibu saya ini tau! sila jangan perlekeh ibu saya!

dari kecik, saya tak pernah dapat nombor corot..alhamdulillah, setiap exam kecik atau besar..keputusannya belum pernah mengecewakan.

syukur ya Allah..allah kurniakan nikmat buat saya..


tapi, ada satu lagi rahsia kejayaan saya..

ibu akan puasa sunat tiap kali saya exam, pertandingan, etc...


part yang ini..memang selalu buat saya terharu. bukan saya seorang saja..kesemua 4 anak ibu, ibu buat macam itu.

ibu sanggup puasa saat saya berperang dengan pen & kertas.
jadi balasan apakah yang paling layak untuk ibu?

sudah semestinya kejayaan saya.

dan tiap kali saya dapat kejayaan, ibu akan sedekah..buat doa selamat, masak..bagi sedara-sedara makan...



ohh ibu..ibu memang wanita terhebat!

saya juga mahu jadi seperti ibu..ibu contoh terbaik yang paling dekat dengan saya.




sayannnnnng ibu...
terima kasih ya ALLAH...atas kurniaan seorang ibu yang sangat hebat.
alhamdulillah :)




10 comments:

nurfadhlinashaari said...

stats?? haha
aku dah wt experiment ngn kwn aku. stats ni bkn leh caye sgt.

ad 1 mse tu, kwn aku x bkk pn blog aku. tp ble tgk kat 'now' , ad url blog dy. haha. xtau la kot2 dy slalu sgt tgk smpai melekat url dy kat situ ke. haha

alhamdulillah Dia bg kte ibu yg kuat n hebat. so, apa lagi, kte pn kne jd cm ibu2 kite! n lebih lagi.
chayok2!=)

siti-situ-sana-sini said...

anak ibu pon hebat...
ana suspek ahh~~!
hee

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

fadh: spe suruh percaya. huhu :)

hajar: suspek? he :)

syazwanadzhar said...

kasih ibu kan, tak tertanding.

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

you love your mum..
that's obvious

wait, sape tak sayang ibu dia memang nk kena ketuk !

ha

Anonymous said...

anak soleh/ah yang mendoakan mereka tu kan bekalan yang berkekalan..

Hidayat Ibrahim said...

ibu,,kau ratu hatiku~

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

wan: yup. the best!

tirah: haa..ketuk2..biar sampai benjol :D

anon: betul..moga jd aset yg berharga buat mereka

dayat: lirik lagu evergreen..always in mind~

hanim yusra said...

ko slalu buat mataku berlinang tyme aku bce post ko nora..
lahir dari hati yg suci..
moga kau slalu dikurniakan kebaikan

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

aten: amin..amin ya rabbalalamiin (: