Monday, 9 May 2011

"kalau saya pergi dulu...,"



hari ini hari isnin.

secara rasmi, bermulalah tempoh study leave untuk kami; selama 2 minggu. walaupun, kalau ikutkan, hari jumaat lepas dah tak ada kelas..sepatutnya dah mula study waktu itu..

tapi saya lebih suka buat 'benda' lain.

akhirnya, buat pertama kali berjaya bawa kereta auto & teruja untuk pertama kali drive di KL..walaupun kena hon sekali, saya tetap senyum puas.

terima kasih mira & dib jadi co-pilot yang berani ambil risiko naik dengan orang yang sebenarnya tak pernah drive kereta auto langsung. terima kasih juga sebab support idea mengejut aku yang tiba-tiba nak pergi jogging kat taman. ok, part pak cik gatal tu memang buat aku geli-geleman. ergh!

alhamdulillah, study week kali ni teratur. jadual dah di rangka..tinggal lagi semangat saja yang perlu kekal kental sepanjang 2 minggu ni. semoga tidak ada 'apa' yang mengganggu..


kalau ikut jadual, hari ini study physio lepas 2 hari mnghadam anatomy..dua-dua subjek berat, tapi saya lebih sayang anatomy..sigh.


tengah-tengah belajar...tiba-tiba rasa otak jam. tak boleh nak fikir..tembus kertas tu; bak kata mira. dan waktu itu lah tiba-tiba saya teringat nak tulis sesuatu dalam blog. escapism sebenarnya; lari sekejap daripada hadap buku.


saya ingat-ingat, setiap kali peperiksaan besar, saya di uji..dan bagi saya, ujian waktu inilah yang saya anggap paling berat dalam sejarah hidup saya.



1.

waktu final exam di tamhidi, paper last..fizik. beberapa minggu sebelum itu sebenarnya saya ada mimpi. saya risau, dan saya cuba beritahu ibu.."jangan risau, ayah sihat.."-ibu sedapkan hati. bahkan seminggu sebelum itu, ayah datang melawat saya di nilai..dan itu yang terakhir saya lihat senyum ayah,,dengar suara ayah.....


seharian saya gelisah, rasa nak marah, tension..bukan exam fever, sebab fizik; inshaAllah semua orang boleh score..tapi,,saya memang rasa tak sedap hati hari tu.nak buka buku pun malas.

keadaan itu berlanjutan sampai malam. pukul 12.30 malam..saya kemas-kemas semua nota,bersedia untuk tidur..

lebih kurang setengah jam saya bergolek-golek atas katil, cuba lelapkan mata; saya dapat satu panggilan telefon. kak siti, dengan esak tangisnya...




"nora..sabar ya..ayah dah tak ada........."





".........."







2.

final exam sem 1 year 1 as dental student. yang ini konflik peribadi, biasalah..tentang cinta. dipendekkan cerita, memang tak ada jodoh...


hm, entah lah..no comment. sampai sekarang saya tak faham apa yang berlaku. mungkin dia ada alasan sendiri.


saya - cuma mangsa keadaan yang tak diberi penjelasan apa-apa, dan tiba-tiba diserang dengan dilema yang cuba di provok oleh 'beberapa orang' dan akhirnya berita pertunangan yang mengejutkan ketika dalam tempoh study leave untuk final exam. jujur, sampai sekarang saya tak faham. apa yang saya faham, saya ditipu.


.....biarlah. itu kisah duluuu.
baru saya faham perangai sebenar lelaki. menangis air mata darah sekali pun tak guna..



dan dari situ lah, saya mula mencari kekuatan........

terima kasih Ya Allah...bagi saya jumpa orang yang bermasalah agar saya boleh ambil pengajaran kelak...




****

Allah tu baik. saya pegang kuat-kuat kata Fatin Wani..

"untung kau nora, ujian dalam ujian..!"


kenapa untung? mereka tahu apa yang saya rasa? mereka mungkin boleh kata sabar..tapi duka dalam hati, siapa yang peduli?

tak..tak..saya tak boleh pertikaikan itu. lama-kelamaan saya benarkan kata aten.."ujian dalam ujian"..lihat betapa halusnya cara Allah untuk mendidik jiwa..kita sombong, tapi Allah sebenarnya yang lebih rindukan rintihan kita.

heh..sinis bukan? siapa yang perlukan siapa sebenarnya??



****

saya tak mahu menangis lagi. harus kuat,kuat..tapi bila imbau balik kisah-kisah ini, saya tak dapat tahan...

mulanya saya berkira-kira untuk tulis atau tidak konflik yang kedua itu..saya sedar; blog ini open untuk semua pembaca..saya ambil risiko. siapa makan cili, terasa pedas. saya minta maaf awal-awal.


****

pernah satu hari, saya bermimpi...ibu pergi menghadap Illahi..ya Allah, sebaknya ketika itu....,bangun tidur saya terus menangis. seharian saya diselubung rasa tak sedap hati..saya telefon ibu dan saya putuskan untuk balik kampung minggu itu juga. risau..

ibulah orang yang paling saya rapat..tak dapat bayangkan hidup saya tanpa ibu..tak dapat bayangkan.....




"selagi belum sampai waktu (ajal) ibu, Allah tak akan tarik...," mira memujuk.


"doa la banyak-banyak agar kau dapat peluang balas jasa ibu kau.."



benarlah,,kata Allah 10:49 (semak sendiri)


dan seharian itu, saya mula berfikir. ada 2 kemungkinan: ibu yang dijemput pulang, atau saya; saya yang akan mati..

kedua-duanya; adakah saya sudah bersedia?


Allah..gementar bila fikir..


***


kalau saya pergi dulu....,


tolong beritahu ibu yang saya amat menyayanginya..
beritahu ibu, jasa-jasa ibu tak dapat saya balas,,,
beritahu ibu, saya ada impian..
untuk buat rumah besar..bawa ibu duduk bersama..
rumah itu cantik..
ada orang gaji untuk buat kerja..
sama macam yang selalu ibu cakap..
ibu dah tak payah masak lagi untuk kami adik beradik..
sapu rumah..
dah tak payah lagi basuh baju abang ali yang berlambak sebab mesin basuh rosak..

ibu boleh senang-lenang,
buat apa yang ibu suka..
tanam ubi, pandan, pisang kat kebun..
ibu berehat lah puas-puas..




kalau saya pergi dulu...,

tolong beritahu ibu saya minta maaf..
sebab tak sempat tunaikan impian ini untuk ibu..




kalau saya pergi dulu...,

tolong beritahu ibu;
ibu adalah harta saya yang paling berharga..
bila saya ada duit sendiri nanti..
saya bawa ibu jalan-jalan..
pergi sabah...pergi pulau..
ziarah tanah suci..
beritahu ibu, saya nak sangat lihat ibu jejakkan kaki ke tanah suci..
itu impian ibu..




kalau saya pergi dulu...,

beritahu ibu,
saya minta maaf kalau tak dapat jadi anak yang baik..
saya minta maaf kalau pernah buat air mata ibu tumpah, walau setitik..
saya minta maaf sebab tak dapat temankan ibu sampai akhir hayat ibu..

beritahu ibu,
kegembiraan saya berganda-ganda bila lihat ibu senang hati dengan kejayaan saya..
terima kasih ibu atas doa ibu...

tapi kalau saya pergi dulu,
beritahu ibu saya minta maaf..
sebab tak sempat jadi doktor gigi untuk ibu..






kalau saya pergi dulu,
beritahu ibu..;
walaupun tak pernah terluah sepanjang hidup saya..
tolong beritahu ibu..







"nora sayang ibu.."







dedikasi untuk ibu,
dawiyah binti pandi.
pasca-hari ibu..

4 comments:

nawzahs, MB BCh said...

post hari ibu paling dalam setakat ni

hanimyusra said...

wah nora!
bawak kete auto!
bestnye!
tahniah2!!
kite un tak penah lagi..
nak kene bwk jugak nih...=)

anj said...

nora,congrats buat aku nangis..

semoga kau dan aku dapat balas jasa ibu kita..

syazwanadzhar said...

insyaAllah, Allah akan tentukan yang terbaik - paling baik untuk kita.

setuju dgn raj. Post paling dalam setakat ini. alhamdulillah