Tuesday, 17 May 2011

Cikgu Arho.



cikgu inilah,

yang tak pernah jemu mengajar kita..
yang sentiasa bergelak tawa dengan kita..
yang melayan kita seolah-olah kita anak kandungnya..

kita tak pernah lihat barannya..
apatah lagi jerit tengkingnya..
hanya senyuman yang terukir..
ibarat ayah kasihkan anaknya.

walaupun keletihan tubuh tuanya..
namun masih digagahkan jua..
asalkan murid tersenyum bahagia melihat keletahnya..
asalkan murid terangguk-angguk faham akan ilmunya..
itu sudah cukup baginya.

susah sedih kita,
yang lelaki;
diusap lembut kepalanya,
selembut sentuhan ayah menenangkan si anak..

pahit jerih kita,
yang perempuan;
di jentik hatinya,
dengan kata-kata lembut membakar semangat..



ah,
sejuta kata pun tak mampu menggambarkan penghargaan buat guru istimewa ini..

satu dalam seribu.
cikgu, you are so special.
thank you.









dedikasi buat cikgu Arho
juga guru-guru seluruh dunia.
pasca-hari-guru 16mei

No comments: