semasa menyepikan diri selama beberapa hari, saya sebenarnya memikirkan apa yang telah saya tulis, saya luahkan di blog ini. mungkinkah menyakitkan hati sesiapa? mungkinkah memalukan sesiapa? banyakkah pengajaran daripada tulisan saya? apakah niat saya menulis?
kebanyakannya berbentuk peribadi, dan ada sebahagian juga yang saya tulis seperti mahu ditujukan khas untuk seseorang, dengan harapan orang tersebut membaca entri tersebut, walaupun tanpa menyebut nama sesiapa. rasanya sudah terlalu banyak kisah yang saya kongsi..sampai satu saat, sewaktu menyepikan diri tempoh hari, macam-macam perasan timbul. malu, rasa bersalah; malu kerana sudah terlalu banyak yang saya luahkan..yang bila fikirkan balik, tak patut untuk orang lain baca..rasa bersalah, kalau-kalau ada hati-hati yang terluka dengan tulisan saya.
semakin rasa terpukul, bila baca post fadh..& kata-kata mira tempoh hari. memang ada benarnya. saya duduk terdiam kelu memikirkan kata-kata mereka..
"blog, fb bukan tempat promote diri"
"....daripada update story entah apa-apa, baik tak tulis langsung..setiap yang kita tulis biar jadi saham di akhirat."
dan inilah garis panduan yang sepatutnya saya ambil perhatian bila menulis.
lagi satu;
"secrets make a woman, woman"
dan lagi satu;
"wahai orang-orang beriman, Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan..."
(As soff: 2-3)
diri, moga tak tergelincir lagi...
No comments:
Post a Comment