Monday, 15 August 2011

siapa lebih....



kelmarin, emak kepada kawan baik ibu meninggal dunia. al-fatihah..

bila sebut pasal ajal, siapalah yang tak kecut perut. sejak dulu lagi saya perasan, bila sampai bulan ramadhan, ramai yang di jemput pulang ke rahmatullah. kebetulan agaknya. Allahu Aa'lam..

minggu lepas saja, dua orang saya dengar meninggal dunia. seorang, kanak-kanak lelaki..seorang lagi, pelajar tingkatan 3; perempuan. masih muda. kes 1, meninggal dunia akibat keracunan selepas makan makanan yang dibeli di bazaar ramadhan..makan otak-otak katanya -yang dipenuhi telur lalat.

kes 2, meninggal secara mengejut. di kelas...

lalu, saya membayangkan diri sendiri di kelas..atau mungkin sedang makan..dan tiba-tiba..,malaikat maut datang menjemput pulang.



alahai, sungguh..bila-bila masa saja kita boleh mati.



takziah buat wak inap atas kehilangan ibu. sudah pasti raya kali ini agak hambar tanpa ibu di sisi. saya, ramadhan & syawal kedua tanpa kehadiran ayah..siapa lah yang tak terkenang. tempat duduknya di meja makan, kerusi kegemarannya di ruang tamu..sampai sekarang masih terbayang-bayang. kalau memasak..kadang-kadang senyum sendiri. bila potong sayur kailan..ayah tak suka potong kecil-kecil. jadi saya potong besar-besar saja..sampai sekarang. bila goreng ayam/tempe/ubi..biasanya saya lumur dengan rempah seperti ketumbar, jintan, bawang putih yang ditumbuk sebelum digoreng dengan tepung- buat menambah rasa. tapi ayah tak suka. semak katanya..sampai sekarang saya tersenyum bila teringat komen-komen ayah. walaupun dulu ayah komen tentang masakan ini dengan nada marah..tapi saya tetap ingat..

itulah ayah saya. yang sudah pergi selama-lamanya.



dan kini, tinggallah ibu. ibu saya, hidup saya..taip hari saya semacam takut. takut kalau hari esok saya kehilangan ibu..atau saya sendiri yang akan pergi dulu. bagi saya, tiada benda lain yang paling menyedihkan di dunia ni, selain kehilangan ibu.. bila dengan ibu kepada wak inap meninggal, perasaan simpati membuak-buak..sudah lah dah nak raya ni...

tapi ibu cakap; "itu ditinggal emak dik..yang ibu ni, ditinggal suami. lagi lah..."


saya pelik. siapa lebih kita sayang? ibu atau suami?

entahlah. ibu sudah alami kedua-duanya. kehilangan emak, dan juga suami. mungkin ibu sudah puas rasa pahitnya..wajarlah ibu keluarkan kenyataan sebegitu.

tapi saya belum alaminya. siapa lebih patut saya sayang?


ibu?

suami?





saya berfikir,
dan jumpa satu jawapan.

ibu & suami..
di bawah tapak kaki dua insan inilah..
terletaknya syurga bagi saya..dan seluruh wanita muslimah umumnya.
taat keduanya: syurga kita dapat.
derhaka kepada keduanya: azab siksa menanti. naudzubillah...



jadi, kepada siapa lebih patut saya sayang?


jawapan saya: sementara belum bersuami..sudah tentulah sayang ibu lebih :)




p/s: malu rasanya kalau kita wanita tak berusaha untuk menjadi yang lebih baik, dan masih sering melakukan dosa..sedangkan di bawah telapak kaki kitalah terletaknya syurga bagi anak-anak kita kelak..

6 comments:

Anonymous said...

sy suke ayat p/s kamu,

insaf2.

tq ea.

~dib~

asmaa' binti ahmad jafree said...

subhanallah..
betul sekali tu nora..
kematian ..
semua org ingin menjauhinya sejauh jauhnya..
tapi allah telah berfirman..

"tiap yg hidup pasti akan merasai mati"

kepada allah jua kita akan berkumpul kelak..

yang membezakan ialah ketakwaan kita pada allah yg mencipta kita..

moga syurga menjadi kediaman kita semua kelak amiin..

sob2..insaf2..
thanks for this sharing nora..=)

nora said...

kullu nafsin zaiqatul mautt...

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

betul!
ibu segala-galanya bg kita
jika tiada, ALLAH.

tak tau nk ckp mcm mane

nurfadhlinashaari said...

sbb tu lah, utk kite taat keduanya, sekarang, kita kena jadi yg 'faham', so that akan dtg sum1 yg 'fham'..
x gitu?

faham x agak2? hhehe

nora said...

tak faham fadh. clarify sikit ;)