Saturday 29 October 2011

Allah itu maha baik..



ya Allah ya Baari'....

Engkau adalah Allah yang maha mengatur agenda hidup hambaMU..
aku ni hanya hamba kepadaMu yang menyedari pada kelemahan diri & ketidakupayaan diriku..

ya Allah ya Baari'...

aku mahu serahkan jiwa & ragaku kepadaMu untuk Kau aturkan dengan agendaMu. aku sedar..sungguh tidak wajar aku yang lemah lagi jahil ini mengatur agenda hidupku sendiri sedang aku tahu KAU telah pun mengatur agenda untukku..

namun kadang aku lupa, sehingga aku mengatur agenda hidupku sendiri tanpa petunjuk daripadamu..

aku sedar, jika KAU yang mengatur urusanku..sudah pasti ia penuh dengan kebaikan, kebajikan & ketaatan..tapi jika KAU biarkan aku menguruskan agendaku sendiri..pasti ku mengikut hawa nafsu & kepentingan diri semata..

oleh itu, aku rela & redha mengikut segala aturanMU..

ya ALLAH ya BAARI'...


-keluarga bahagia dengan asmaul husna';
prof madya wan maseri wan mohd-