Tuesday, 6 March 2012

bulan II

terjaga dia dari lena. waktu itu satu pertiga malam. pelik; kamar kelihatan terang..sedangkan lampu dari awal tadi sudah terpadam. dalam samar-samar, dia mencari dari mana cahaya itu menyinar.

ya, itu...bulan yang dia rindu.

hatinya kagum, tapi jasadnya masih terlalu malas untuk bangun bersolat barang dua rakaat. dipanjatkan doa seringkas-ringkasnya; lalu dipejam semula mata. harapannya, agar esok pagi-pagi masih kelihatan bulan yang dia rindu.

tapi sayang. bulan itu tiada. dia tercari-cari..ke mana ia hilang? apakah tadi itu hanya mimpi belaka? tak mungkin, dia yakin cukup sedar ketika itu..

ah, sayang sungguh!

apakah akan diberi peluang sekali lagi? menatap bulan yang dirindui?