Tuesday 6 March 2012

permata

mendengar pengharapan bonda, hatinya jadi pilu..dia tertanya, apakah mampu ditunaikan hajat orang tua itu? mahu atau tidak, pasti akan ada hati yang terluka. mahu atau tidak, kesusahan pasti akan datang menimpa, dilukai pasti berdarah; dipukul mesti sakit. cuma sesudah luka tentu ada pula masa sembuhnya, sesudah bengkak ada masa surutnya.

sungguh besar impian & cita-cita yang dia angan-angankan, namun; besar lagi pengharapan bonda terhadap dirinya.

bagi orang tua itu, dialah satu-satunya permata..
dan bagi dia juga, orang tua itulah satu-satunya permata..

wahai, bagaimanakah? kedua-duanya dia cinta!