Sunday 29 April 2012

mudah


selalu dia mempersoalkan..juga masih belum mampu menerima kenyataan. perit, kadang-kadang dia mampu lupakan..dia cuba kuat. senyuman cuba diukir, tapi dalam hati menangis. senyum bukan untuk sesiapa, tapi untuk pujuk diri sendiri..dia penat untuk terus kuat.

mengapa? mengapa? mengapa??

kenapa ayah pergi? kenapa ibu sakit? sakit yang tiada hujung pangkal. sakit yang tiada kuasa kita mengawalnya..bukan salah ibu. hanya Tuhan, hanya Tuhan yang tahu.

beginikah rupanya bila sudah dewasa? peranan berubah..anak bukan lagi yang dijaga,dimanja, dilindungi..tapi anak yang menjaga, membelai, memahami, melindungi ibu bapa. dia sememangnya sudah dewasa. 21 tahun. tapi masih belum puas bermanja. masih belum mahu menjadi dewasa. mahu terus kecil selama-lamanya. dibelai ibu, dimanja ayah, tak perlu lagi sembunyikan perasaan, menangis bila sedih, ketawa bila gembira.

menjadi dewasa adalah satu kepura-puraan! banyak hati yang perlu dijaga. masih boleh menangis, tapi sendirian. menangis di hadapan orang yang disayangi? lupakan sajalah! sebab hati sendiri yang akan bertambah perit nanti.. senyum ketawa bukan saja waktu gembira, malah saat dalam hati penuh luka. hebat,cukup hebat..mengorbankan diri sendiri untuk orang lain. tapi peliknya, kebahagiaan orang lain itulah kunci kebahagiaan untuk dirinya sendiri. 

harus sedar, harus sedar. dewasa bukan sekadar umur. jika anak-anak dewasa, bererti ibu bapa bertambah tua. harus sedar..jika tua, bermakna sudah tak larat, mungkin akan tenat. harus bersedia.

untunglah jika masih mempunyai ibu bapa..masih sihat, masih kuat. jauh disudut hati, dia rasa sunyi. ada seperti tiada. yang tiada sudah pasti tiada. masih ada yang sedarah, tapi masing-masing berbeza haluan, masih tidak sefahaman. 

dia masih mampu bertahan. masih mampu! 

cuba mencari makna setiap apa yang terjadi. cuba menyingkap hikmah segala ujian. syukur..syukur..walaupun ada seperti tiada, tapi sekurangnya masih ada. masih ada ibu yang sentiasa mendoakan, masih ada yang sedarah..walau mungkin tak sefahaman, tapi masih murah hati belanja makan; malah jadi driver tak berbayar. syukur apa yang ada. berhenti menghitung apa yang tiada. 

kadang-kadang, lebih mudah menyimpan sendiri duka dihati, daripada meluahkan pada yang tak sudi. yang lebih suka menunding jari.
lebih mudah jika hati sendiri yang terluka. lambat laun akan sembuh sendiri..
lebih mudah menangis sendiri, mengadu nasib pada Kekasih Sejati..
lebih mudah buat tak tahu saja..jalani hidup seperti biasa.
lebih mudah begini.





bawalah aku pergi. aku mahu menjerit sepuas hati!