Monday 11 June 2012

matahari


dia tahu, dia benar-benar yakin.
matahari itu masih setia berada di tempatnya.
walaupun tersembunyi di sebalik awan yang kelabu.
dia benar-benar yakin.
dia juga setia menunggu, mahu melihat matahari yang satu itu.
tapi kadang-kadang, awan yang semakin menebal..
membuatnya gelisah.
resah tak sudah.

dia tahu.
dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
cuma bersabar, dan doa yang dititipkan saban hari.

sedangkan sabar itu, ada juga hadnya bukan?

Wahai Allah yang memberiku kesedihan juga kegembiraan,
Kurniakanku kekuatan.