Monday, 26 November 2012

7 in 1


1 - Street Dakwah @Ampang Jaya. Begin with the end in mind. Niat aku sebelum keluar rumah pagi tu, aku cuma target nak approach 5 je orang daripada 20 orang yang ditugaskan untuk setiap volunteer. Nah! ambik kau. Memang aku dapat 5 orang je lah. Malu dengan Sis Intan, suri rumah beranak 5 yang masih sempat study, buat homework untuk berdakwah. Niat Sis Intan sebelum keluar rumah, memang nak islamkan orang. Allah memang Maha Besar kan. Niat sis tu ditunaikan. Subhannallah.

2 - Betapa besar nikmat Iman & Islam tu kan.

3 - Setiap yang berlaku ada hikmah. Allah tak akan jadikan sesuatu sia-sia. Yakin & percaya. Masing-masing ada bahagiannya sendiri. Masing-masing ada jalan yang tersendiri untuk ke syurga (atau neraka).

4 - Ibu sedang merancang perkahwinan untuk abang. Arranged marriage. Comel la pulak tengok abang aku malu-malu. Walaupun nakal, bagus dia nak ikut cakap ibu. InshaAllah..semoga dimudahkan semua urusan. Semoga bakal kakak ipar mampu terima abang seadanya, dapat bantu abang berubah & dapat jadi kawan yang baik untuk ibu.(dan aku).

5 - Apa maksud 'jaga solat'? Kita jaga solat kita & solat orang lain. Solat kita: Solat pada awal waktu, khusyuk, etc etc (you name it). Solat orang lain: Kejut, ajak orang lain untuk solat dan HORMAT orang yang tengah solat. Mana common sense kalau boleh pasang TV masa orang tengah solat, berdoa? Tau..tapi lupa, kot.

6 - Islah & dakwah kena jalan seiring. Islah tak buat, jiwa kosong. Dakwah tak buat, Islam lumpuh. Masa dah semakin singkat. Makin tua makin banyak komitmen kena buat. Bahagikan masa, siap sedia berkorban!

7 - Semangat memang akan turun naik. Semangat nak study, semangat nak buat volunteering, semangat nak buat kerja persatuan, etc etc. Saat semangat lemah, mungkin petanda iman lemah. Allahuakbar!

2 comments:

Syazwan Adzhar said...

Wah untungnya...

All the best sis :)

Al-Q said...

Istiqamah dijalan itu.
Bersyukurlah kerna Allah masih bagi peluang untuk dirimu berfikir dan muhasabah disaat orang lain masih terleka dgn khidupan fantasi.

Good luck for your mid term papers..