Sunday, 9 December 2012

Random


1-
Pengalaman berjumpa patient pertama umpama first date. Berdebar. Alhamdulillah. Betul lah, Allah tahu kenapa patient datang lewat, kenapa kita dapat case sekian sekian, kenapa kita tak sempat buat impression, kenapa dan kenapa. Allah dah atur cantik. Untuk kita lah, siapa lagi (dan patient). Bersyukur. Jangan merungut, teruskan usaha. Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Jangan dengki kalau orang lain dah boleh panggil patient untuk next visit & proceed dengan step seterusnya sedangkan kita masih tak bergerak. InshaAllah ada hikmah. Betul. :)

2-
Treat patient as a whole. As a human with body, with certain systemic diseases; bukan mulut & gigi sahaja. Jangan kiyasu (ejaan macam mana ntah) sangat nak habiskan requirement. Baru faham apa lecturer semua cerita, tiap masa terfikir patient. Patient sihat ke tak, ada problem lagi tak kat mulut dia, patient boleh makan ke tak. Ya. Ini namanya tanggungjawab. Allahu Akbar.

3-
"Ambillah masa merenung diri walau seketika disebalik ruang waktu yang hampir keseluruhannya kita peruntukkan untuk dunia semata.." Betul. Perlu bagi peluang untuk diri kenali diri sendiri. Bagi peluang untuk manjakan diri sendiri, buat sesuatu yang menggembirakan diri sendiri. Perlu merancang. Ini bukan selfish. Tapi aku, kadang-kadang aku lebih suka sibuk. Sebab kalau aku fikirkan diri sendiri, aku akan bersedih. Tak guna. Buat apa sedih. Allah dah bagi 1001 rahmat dan nikmat. Cari ruang untuk diri sendiri. Perlu mula (kembali) tulis diari/journal (setelah aku buang separuh daripada catatan yang aku buat sebab aku pilih untuk tidak mahu ingat).

4-
Ada junior tanya, "Di mana akak 20 tahun akan datang?" Aku sendiri tak (belum) boleh jawab. Perlu rancang dari sekarang. Hm..muda-muda lagi dah banyak ilmu. Tabik lah dengan junior. Selalu buat 'perbincangan' ilmiah dengan dia. And most of the time, aku lebih banyak mendengar. Sebab aku suka hikmah yang dia sampaikan.

5-
Oh. Tapi aku dah tetapkan bila aku akan berkahwin. Calon tak ada lagi. Tapi ibu dah approve yang aku boleh kahwin tahun sekian sekian. Ahah!

6-
Aku mahu kucing. Aku mahu kucing.


6 comments:

hanimyusra said...

pertama-tamanya..
tahniah nora sebb dapat mempraktikkan apa yg anda plajari...tahniah..
apepun nora...moga tabah dan sabar...biasalah...alah bisa tegal biasa...lama2 insyaAllah nora akan boleh cope ngan situasi..

apepun...atur masamu ngan baik...anda dah semakin sibu...jadi perlu bijak mengawal emosi dan waktu..

=)

Hadi Hanifah said...

wah! tahniah! tahniah utk sume!
bila nak kawen? nanti kad tau! haha
kucing? banyak sgt bleh dpt. hehe

Hadi Hanifah said...

gembira plak aku tibe2. haha

nora said...

Aten: inshaAllah..doakan ya..nk kwl emosi tu payah! Fuhh

Hadi: ye la..tau la ko tgh bahagia..hu..eh hari tu dgr kne warded? Mengapakah?

Hadi Hanifah said...

Aritu bleeding kat GIT.. 3weeks dah smpai hb 4.5.. haha. Kena tranfuse blood smpai 6pin...
ni la sbb degil xdgr ckp bini. Hehe

nora said...

Sudah lah hadi..untung lah ada bini. Heh.

Semoga selamat semuanya!