Wednesday 2 January 2013

Watch out,girl!


1.
Sambutan tahun baru di KLCC. Sepatutnya street dakwah, tapi aku lebih suka untuk memerhatikan gelagat manusia di sana; dengan alasan, aku tak 'bersedia' untuk berdakwah & tiada bahan. Okay. I should STOP making excuses. 

Aku sendiri takut. Gerun. Berkali-kali aku ingatkan diri; ini realiti, Nora..realiti. Umat Islam makin sakit. Sakit tenat. Ya, apa yang kulihat inilah Malaysia. Tapi, ini bukan Islam. Setiap kali das bunga api dilepaskan ke udara, hati ku berdetak. Apa sebenarnya yang dicari manusia? Sedih..

..dan yang paling sedih, apa yang aku sumbangkan untuk Islam. To be precise, apa yang aku sumbangkan untuk saudara seIslamku pada malam tu? Nothing. Blame on you,girl! 


2.
Masjid As-syakirin KLCC. 'Umat Islam' yang berbeza aku lihat di sini. Beruntunglah mereka yang dipilih & digerakkan hati untuk duduk di rumah Allah ini saat so-called Muslim yang lain hanyut entah ke mana. 

Entah salah siapa; pemimpin, keluarga, rakan atau diri sendiri. Yang kulihat malam itu hanyalah pembaziran, sampah sarap yang terlalu banyak, tanaman hiasan yang lunyai dipijak dan ragam manusia yang seperti hilang punca. 

Tiba-tiba, aku terkedu. Andai keluargaku berada di sini, waktu ini..di manakah mereka agaknya? 


3.
Kadang-kadang aku rasa mahu putus asa, patah semangat. Apa yang dirancang tak menjadi. Program kebajikan gelandangan yang sampai sekarang aku masih samar-samar objektifnya; community engagement or publicity for the university? Trip ke Bukit Nanas yang terpaksa dibatalkan dan sebagainya.

Kadang-kadang aku rasa sangat teruk. Aku rasa gagal. I feel bad. Aku rasa matlamatku lari. Aku rasa tak berguna.

But, above all..do not lose hope. Do not give up. Perjalanan masih panjang. It's a long way to go. Percaya pada satu perkara - Allah dah rancang semua ini utkku. Yang terbaik untukku. Setiap apa yang terjadi, pasti ada sebab..pasti ada hikmah. 

"Life of Pi"..should watch this one.


4.
Allah..hari yang panjang. Mula-mula, aku rasa ini permulaan yang kurang baik untuk 2013. 'Sambut' tahun baru di KLCC dan balik rumah pukul 3.30 pagi, merayau-rayau (baca: sesat) di tengah-tengah KL seorang diri semata-mata cari Kedai Buku Kamal tapi tersesat sampai ke Lorong Haji Taib (gerun), perancangan ke Bukit Nanas yang tak menjadi dan terpaksa mengecewakan sahabatku yang lain.

Cari hikmah disebalik semua ini terjadi. It's a good start for 2013, Alhamdulillah. Banyak yang aku lihat, banyak yang aku belajar hari ini.

Moga semangat ini tak pudar. Turun naik itu biasa, tapi bangkitlah!


5.
Hm..sangat berbeza perasaannya jika menulis untuk diri sendiri menulis, dan menulis untuk orang lain membaca. Seolah diperhatikan.

Hey, Allah sentiasa memerhatikan mu. Watch out,girl!


1 comment:

hanimyusra said...

=)

jage2..
ade yg memerhati...