Saturday, 9 February 2013

Free n' Easy



Alhamdulillah, exam tamat.


1.
Perasaan "Great! Kawan-kawan aku pun boleh jawab!" rupa-rupanya lebih awesome berbanding "Yes! Aku seorang boleh jawab!" . Tersenyum lebar aku masa exam. Alhamdulillah, aku selalu doa agar ilmu yang kita sama-sama belajar ini berguna untuk masa akan datang, dunia & akhirat. Aminn :)
#study group dengan dib, tien, miye & laila. Sayang semua :)


2.
Well, masuk umur 20-an ni ialah zaman kawan-kawan sebaya berkahwin-kahwinan & beranak-pinakan. Sambil mengenang nasib (hehe), kitorang teruja tengok kecomelan anak blogger Dena Bahrin. Tien cakap (dengan nada berbaur cemburu), "Untunglaahhh muda-muda dah kahwin, dapat suami baik, kaya, hensem..dapat anak pun comel!". Then aku pun menyampuk, "Ala..kita tak tahu ujian dia macam mana. Mungkin la kita nampak dia bahagia, entah-entah ujian dia sebenarnya lagi berat. Confirm punya lah mesti ada jgk ujian untuk dia!"

Semua diam. Heh..ayat macam kejam kot. Haih..tak berniat pun =.='

Lepas tu, Dib tambah: "Alahh...relax lah..kita pun ada part bahagia kita sendiri..Confirm punya lah! InshaAllah". Then everbody was like...tersenyum. Muka bahagia sambung study group. Dalam hati masing-masing ada taman yang belum siap; baru nak tanam pokok kot :)))


3.
Ibu selalu pesan, masing-masing ada kebahagiaannya sendiri, yang membezakan cuma lambat atau cepat. Betul. Bagi aku, kalau cepat, alhamdulillah..dan kalau lambat pun, Allah tak akan sia-siakan penantian kita tu melainkan dengan limpahan pahala & kasih sayang Allah ke atas diri kita. Wow..bila kita rasa cinta & kasih sayang Allah tu, kita tak perlukan yang lain. Lengkap serba serbi. :)


4. 
Exam kali ni sangat strict. Aku jenis yang suka termenung waktu exam ni kadang-kadang membayangkan betapa besarnya pahala penjaga peperiksaan ni. Diorang bermati-matian berusaha tak nak bagi kita meniru time exam. Tak ke besor pahalanya tu..berusaha jaga kita daripada buat dosa. Kira diorang ni mengamalkan konsep amar maaruf nahi munkar jugak la kan..ye dak?

Kita je yang kadang-kadang tak bersyukur. Dok mengata diorang ni skema lah apa lah..heh


5.
Tiba-tiba aku rasa macam nak come out dengan satu formula bahagia. Ala-ala pakar motivasi gitu. hehe.

"Apa benda pun yang kita nak buat, bayangkan potensi pahala yang kita akan dapat..pahala dan kasih sayang Allah. Cinta dan perhatian Allah. Senyum. Cuba cari apa-apa yang lucu & membahagiakan dalam setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita yang membuatkan kita tersenyum."

Setiap kali masuk dewan exam, aku akan gelak & senyum sorang-sorang sebab biasanya lecturer lupa nak sediakan meja, kerusi, kertas soalan & jawapan aku time exam. Macam ni lah nasib student nombor giliran pelik & last sekali. Lecturer selalu lupa sebab batch atas aku semuanya kurang 30 orang, dan aku orang yang ke 31. Rasa macam pelajar tercicir & tercorot sangat kan. hehe. Senyum je lah :)


6.
Psstt...menggembirakan sahabat tu pahala tau :)

No comments: