Friday 3 December 2010

ku serah cinta.



Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini


Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.



***

cuba tanya diri sendiri, apa makna cinta kepada Allah?

mungkin ada yang menjawab; menyerahkan segalanya hidup-dan-mati kepada Allah Tuhan Yang Satu, mengabdikan diri kepadanya, redha dengan segala ketentuanNya, ammar maa'fuf;nahi munkar.


jadi, cuba tanya lagi; apa makna cinta kerana Allah?

jika saya,saya akan jawab; menyandarkan cinta kepada Allah. sedar bahawa Allah adalah pemilik cinta itu, dan Dia berhak mengambil semula daripada kita apabila-Dia-mahu. (see..betapa cinta kita bukan kerana Allah. meratap meraung bila di uji. astaghfirullah...)




CINTA KERANA ALLAH.

mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, tetapi kerana kelebihannya yang bergantungan pada keakhiratan. cinta itu anugerah terhebat, nikmat yang paling hebat bagi manusia..dan kesannya menyeluruh,maha kuat. tanpa cinta, tak akan ada kasih sayang. contohnya,seorang murid cinta akan gurunya..dengan ilmu daripada guru tersebut dia dapat dekat dengan Allah,sebagai bekalan dalam hidupnya.

begitu juga cinta kepada sahabat. penuhilah hak-hak sahabat kita; bila salah tegur..pernah juga saya diberitahu, jika kita suka berkawan namun tidak suka mengambil tahu hal kawan kita, lebih baik bersahabat dengan ahli kubur!

jika hadir seseorang yang yang mampu mengubah diri kita agar lebih dekat padaNya, dibolehkan kita mencintainya..

tunggu.

perlu faham, cinta bukan berakhir dengan berpacaran. cinta kepada kawan juga dipanggil cinta. cinta ini sesuatu yang abstrak.., u get, u feel.. tapi, adakah cinta itu membawa kita kepada Allah? kalau 'ya'-itulah cinta kerana Allah. ironinya, kita sekarang ini-remaja zaman sekarang- bijak. kerana berpacaran, sanggup memalukan syariat agama. guna hujah itu-ini untuk membenarkan cinta mereka. ya...sukar untuk mencari cinta sebenar..

jangan pernah salahkan cinta; kerana cinta tak akan hilang. bila kita rasa kecewa, itulah cinta. apabila sedih; itulah penangan cinta. kita mahu menyendiri pun, kerana cinta. cinta itu kuasa besar,tapi cinta kita tak mengenal Allah, nabi kita.




CINTA ITU PERLU PENGORBANAN, SIFATNYA DATANG & PERGI.

nabi muhammad SAW lebih menderita berbanding cinta manusia seluruhnya. ayahanda baginda mati ketika dalam kandungan, ibunda mati ketika perjalanan pulang..seawal usia lima tahun, baginda sudahpun bergelar anak yatim piatu.

hidup Baginda penuh duka. tapi dalam kedukaan itu, ada bahagia; bahagia bukan untuk Baginda, tapi untuk orang sekeliling Baginda. contohnya, pengasuh baginda susah, tapi ternakan makin membiak dengan subur. contoh lain;kita sebagai umat baginda, baginda berjuang bermati-matian untuk mempertahankan islam agar islam menjadi agama yang sejahtera buat kita-umat baginda.baginda tak pernah merasa bahagia dunia kecuali dengan penciptanya.

Cinta nabi Ibrahim kepada anaknya, Ismail berakhir dengan korban. cinta datang dan pergi. ia milik Allah.





PERMASALAHAN DALAM KEHIDUPAN.

Kita mahukan segala-galanya. tapi kita lupa pada nikmat yang ada pada genggaman kita. oleh sebab itu, nikmat yang sedia ada pada kita hilang sekelip mata. pernahkah kita terfikir Allah anugerahkan kebijaksanaan kepada kita, tapi kita masih lagi tak menghargai. kita masih mencari-cari nikmat lain ( contoh:cinta kepada manusia). lalu,Allah uji kita dengan nikmat yang kita mahukan itu. yup. you get; but you sad.

kita banyak mengeluh dengan masalah dunia. sedangkan kita lupa yang hakiki adalah di akhirat kelak. contohnya, kita kerap mengadu bahawa kita hidup dalam kesusahan, kesedihan..pernahkan kita terfikir tentang kebahagiaan? pernah kita rasa bersyukur bila bahagia? kita lupa...tapi bila susah, bagai nak rak kita meraung meratap padaNya. sebab itulah, perlunya ujian.

Allah sayang kita, mahu kita dekat denganNya. bayangkan satu masa nanti, kita mempunyai anak, sanggupkah kita berjauhan dengan anak kita? sanggupkan kita biarkan anak kita bermain dengan arus deras di sungai yang mampu menghanyutkannya? sudah tentu tidak.

kita terlalu mengejar dunia sehingga lupa tujuan sebenar dan kita selalu anggap dunia adalah segalanya-galanya walaupun kita tahu kiamat akan tiba. kita lupa mati akan datang menjemput kita kelak. kita leka dengan dunia; hidup kita abadi bersama dunia.





REFLEKSI.

Ya. saya sedar sudah banyak post saya berkaitan cinta. maafkan saya. saya insan lemah..saya tak mampu. jatuh bangun saya;tegurlah, nasihati saya, bantulah saya.

sila sibukkan saya dengan halaqah, kelas-kelas agama, usrah dan segala macam pengisian agama.semoga ujian ini akan membuatkan suburnya cinta kepada keluarga saya, sahabat-sahabat, dan kepada Allah dan rasulNya. bantu distract saya daripada cinta yang lain.

apa yang saya tulis di atas, bukan dari saya. itu adalah daripada seorang sahabat. baru sekarang saya rasa indahnya ukhuwah persahabatan. sungguh, pelukan sahabat yang benar-benar memahami, menumpang bahu untuk menumpahkan air mata, juga dakapan mesra seorang rakan, sambil membisikkan kata-kata semangat, amat saya hargai dan akan saya rindui, juga akan saya kenang sampai bila-bila. terima kasih, sahabat-sahabatku.

betapa, sungguh allah kurniakan satu cinta yang lebih besar kepada saya. cinta ibu, cinta abang-abang saya. selama ini saya tidak sedar itu. saya seorang sahaja anak perempuan ibu. teringat kecil-kecil dulu, selalu dibuli abang-abang. setakat kena sekeh kepala, kena sepak dengan bola..dah lali bagi saya..

saya mahu lebih menghargai keluarga saya. ibu sayang kan saya. abang ali yang nampak ego juga amat sayang dan ambil berat tentang saya. begitu juga abang amir, yang nampak pendiam,sayang saya. apatah lagi, abang edy,selaku yang sulung..teringat pelukan abang ketika lutut saya lemah-menggigil melihat sukujur tubuh ayah kaku tak bergerak. itu pelukan pertama daripada abang saya. ya, saya mempunyai keluarga yang hebat.
syukur ya Allah, alhamdulillah..








ya allah....cukuplah kau menjadi cintaku. cukuplah. bahkan lebih dari cukup.





7 comments:

kecilsikerikil said...

cinta itu indah..
manusia yg memfitnah cinta itu..
nauzubillah....

kami syg anda..

Anonymous said...

I was so touched with the last sentence.

Selaku abang sulung, I think I understand well our attitude.

yes, we care.. but we don't show it on regular basis.. only when the time in need.

Hehe, ejek2 tuh biasalah : tanda sayang seorang abang :p

InsyaAllah, kalau istiqamah, Allah akan suluhkan jalan yang terbaik buat kita.

MissInvisible said...

hee..xD suka2...tenks sharin

nora said...

to triple s (syikin, syazwan, syazni) :

syukran..inshaAllah..terima ksih byk2!

asmaa' binti ahmad jafree said...

masya allah..resentuh dgn ayat terakhir..thanks nora!..hukhuk

Anonymous said...

Nk tau x ap yg wat ak hepi+tng di kala dlm ksusahn..1st yg wt ak tng ialh igt mati..act, da 2hri ak pk mslh mu..mmg ssh nk tdo la..sb 2 ak bc bku2 wktu mlm..1 hri 2, t'lintas lm pkrn ak tntg mati..ak bygkan berada lam tmpat yg smpit dan ak ssh nk brnafas..seksaan ak hdpi ni lbh brt brbnding ujian dnia..then, ak bygkan soalan yg akn d tny..adkh ak akn jwb ng bAik atau ak trs lupa..last2 ak ase sdih sgt..knp ak leh lalai lam dnia ni even kita akn d soal kelak..lps 2 ak xpk ap2 dh..ak dpt tdo dgn hti yg lapang..

nora said...

asmaa : moga perilaku selari dgn lisan..iAllah..

anonymous : hm..thanks byk2 sbb tolong aku..moga Allah balas jasa baik ko..