Wednesday, 12 January 2011

community service #1





post baru guna laptop yang baru diformat. hah..3 hari hantar kedai,merana.. tu lah, main cucuk-cucuk saja,tak scan dulu. habis ternak virus.

our first community service at Rumah amal cahaya tengku ampuan rahimah (RACTA).

dekat saja ini dengan SAMBest. kalau masih ingat, kalau dulu-dulu pergi outing ke Giant,hah..dekat dah la tu.

menguruskan bahagian makanan tak ada masalah. alhamdulillah..semua dapat makan. terima kasih kepada syazni & adyani yang banyak membantu. ok,tapi dalam kes buat sandwich itu,memang rasa nak marah korang. tak pernah-pernah saya bangun 3 pagi masak sardin. itu pun nasib baik bangun..yang 2 orang lagi tuuuuu melantak tidur. ceh :D

selain uruskan makanan, saya bertugas untuk memberi penerangan tentang penjagaan gigi dan buat demonstrasi cara menggosok gigi dengan berkesan. memang seronok. sangat-sangat seronok.

masa guide mereka gosok gigi tu, ada juga lah adik-adik ini yang tak tahan 'kepedasan' ubat gigi,terpaksa kumur-kumur lebih awal. mana tak nya, kakak yang bagi demo tuuuu lambat sangat tunjuk, lenguh dah tangan pegang berus gigi :D heh,tak apa..pengalaman pertama. tapi memang seronok. makin berkobar-kobar nak ambil pediatric dentistry :) inshaAllah..

slot penerangan itu rasa tak cukup masa. sama ada saya yang cakap terlalu banyak atau masa yang diperuntukkan memang sedikit. entah lah, kesian juga kat kak yah tak sempat bagi apa-apa penerangan, habis 2/3 slot tu saya bolot. maaf-maaf...

ada juga tolong-tolong kawan di plaque booth. saya faham, ada warden di situ yang takut nak disclose plaque guna plaque disclosing solution itu. bukan takut apa, takut malu..malu kalau nampak banyak florescence-things di mulut bila masuk dalam plaque booth tu - tanda banyak sangat plaque. saya faham sangat. sebab dulu saya pun macam itu - sebelum di'tarbiyyah' dengan cara gosok gigi yang betul :D


saya tak sempat sangat bermesra dengan adik-adik di situ,sebab sibuk melayan anak dr.azlan, aisyah humaira. ya Allah...sangat-sangat comel! umur pun baya-baya adam je. hampir nak tersasul bahasakan diri 'ucu' dengan aisyah :)


sekejap saja kami di situ. sesi bersalam-salaman bagi saya, sesi yang paling touching. saya mula menangis bila ada adik yang nak salam saya tu,mula kesat-kesat mata. hahhh..ini yang saya lemah nii...

"sedih la kak...."

hm..saya peluk erat-erat adik itu sambil pesan; belajar rajin-rajin. (ok,saya tak ingat nama.bab ini memang saya lemah).

sedar atau tak,saya sebahagian daripada mereka. anak yatim. mungkin oleh sebab itu hati saya lebih cepat tersentuh bila nampak mereka menangis. kami-saya & adik-adik tu- masing-masing sudah merasai satu kehilangan. cuma mungkin saya sedikit bernasib baik-keadaan keluarga saya stabil.

beriya sungguh menangis, sampai ada yang menyakat..


"aih,nora..macam nak kena tinggal sini saja. nangis-nangis..."






:) memang.kalau boleh rasa nak tinggal situ lagi lama.






because your smile, we care :)

4 comments:

nurul atiqah mohd azman said...

nice...

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

pendeknye komen kau tiqah..:)

raihana nazri said...

wah.
kalo budak medic cam aku nak demonstrate ape yeh?

anyway. hope to get some experience mcm korg yg blaja kat malaysia.

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

rai : lg mencabar kot klu wt kt pak2 arab :)