Saturday, 15 January 2011

tak apa, saya tak kisah!












"cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar.."






cakap lah apa saja tentang saya; depan-depan, belakang-belakang, mahupun 'pillow talk'..saya tak kisah.

kisah,dosa saya yang lalu, kesilapan, kejahilan, kebodohan,ketidakmatangan, ketidakstabilan perasaan dan segala macam yang pernah saya lakukan; tak apa lah jika mahu cerita pada orang lain. tak apa..sila lah...saya rela jadi salah satu watak dalam sebuah cerita untuk sedarkan orang lain, atau jadi bahan untuk share stories dengan orang lain.

tak apa.saya tak marah..sikit pun saya tak marah. ungkit lah.






sekurang-kurangnya, bila saya Curi-curi dengar terdengar..menitis air mata saya.

which is good..bermakna ada orang yang masih ambil berat dan akan sentiasa ingatkan saya tentang dosa-dosa saya; walaupun secara tak langsung..walaupun tak pernah pula saya ditegur atau dinasihati secara elok. jadi saya akan sentiasa dalam keadaan 'sedar-diri-siapa-saya-sebenarnya'.













terima kasih banyak atas keprihatinan anda.
















saya kini 'nora' yang baru. pantang berundur,pantang mengalah. ungkit lah segala-semua kisah silam saya..saya tidak mahu lagi hidup ketakutan dengan bayang-bayang sendiri..saya tak mahu lagi hidup seperti dalam bara api; dengan kedukaan yang akhirnya memakan diri.

saya orang baru, di depan sana..ada matlamat yang saya tuju.














kecewa diperlakukan sebegini.
tak apa...
tak akan pernah aku putus asa..aku mampu berubah,
lihatlah..akan aku buktikan.

8 comments:

syazwanadzhar said...

wah. kenapa nih.

banyakkan bersabar ya. Allah itu maha pengampun.

Manusia? Allah jua yang tentukan kelak.

stay strong. May Allah ease your burden

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

biasela tu..mulut orang.

sebenarnya bersyukur diperlakukan sebegini.pengajaran buat aku juga: jangan buka aib orang.


sebab mungkin orang tu mahu berubah, dan mungkin akan jadi lebih baik daripada kita.

dan cuba bayangkan, kalau orang tu dah bertekad untuk berubah,tiba-tiba kisah silamnya diungkit. tidak rasa bersalah kah kita??

Sword59 said...

nora!

SyAKir uZaiR said...

sabar ye
smoge Allah pmudahkn urusan dunia dan akhirat..
dont feel 2 bad bout urself..
put some husnuzzon on urself n peopl around..
dat fragility of ur emotion is not ur fault act..
sometimes 4 som peopl its cute ;)

Noor Faradzela Binti Mohamad said...

sword : syazni!

syakir : hah. cewek, cengeng..2 perkataan ni la selalunye org label 4 those who are very fragile emotionally..tak pernah pula org ckp cute.

btw,alhamdulillah..wujud lg kau eh..lame tak dgr cerita.

~ itQaN SyaBiQ ~ said...

sahabatku, nora... Allah jadikan semua itu ada hikmah. Banyakkanlah berbicara denganNYA.. nora beruntung sebab diuji begitu. UJIAN HeBAT utk ORG HeBAT!!

srikandi ISLAM said...

owh..ok..

teruskan langkahmu..jangan pandang belakang..kamu hebat

semoga ALLAH mengampuni dosaku, dosamu,dosa kita semua..amin

~muhasabah~

time kasih

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

Salam..

sesungguhnya ALLAH sgt menyintai hamba2nya yg bertaubat dan menyucikn diri..

seseorg yg prnh bangkit dr kesilpn kdgkala lbh baik dan lbh bersih hatinya drpd yg lain..

nora..
anda insan yg dipilih ALLAH..

:)