Saturday 16 April 2011

sambest


semalam saya ke sekolah atas bukit, SAM Bestari. seorang.


masuk saja ke perkarangan sekolah menaiki teksi dua belas ringgit tak bermeter, saya rasa berdebar..lama tak jenguk sekolah. takut kedatangan saya tak di alu-alukan.

padan muka. berlagak mata sihat sangat..tak pakai spec. masuk bilik guru perempuan terkial-kial. tak nampak. tapi hakikatnya..memang banyak guru baru-muda yang saya tak kenal. melalui penglihatan yang terhad ini, saya nampak teacher iqma, teacher syikin, ustazah rosnida, teacher asila, teacher norkiah, teacher mariana, teacher husna, teacher rohaizat..tapi sayang, tak dapat jumpa dan borak lama dengan semua..

seronok jumpa cikgu-cikgu. ramai yang tak ingat nama saya..tapi boleh la cam muka. kalau cikgu amir, sebut 'godzilla' baru ingat nama saya..memang dari dulu panggil saya godzilla.tak tahu lah apa kaitan godzilla dengan faradzela. ceh..

saya ambil peluang masuk asrama. makin cantik..dalam toilet pun ada gambar-gambar hippo yang comel. dah lama tak merasa beratur panjang-panjang tunggu nak masuk toilet..saya solat jemaah zohor bersama mereka. bagus..budaya dulu masih tak hilang lagi..solat jemaah, salam setiap jemaah lepas solat. serius, saya rindu untuk kembali ke zaman tu..kalau sekarang, nak solat jemaah ramai-ramai pun seminggu sekali saja lah..waktu gathering (usrah mingguan) kelas..kalau di kampus, jemaah 'kecil-kecil' pun da cukup baik lah tu..ya lah, surau kat kampus tu pun kecil je..

adik-adik ramai yang menegur. kasihan mereka..memang kelemahan saya mengingat nama dan nombor..mujur lah mereka tak sombong..





semoga benih-benih sekolah ini terus kekal menjadi yang terbaik -sahsiah & akademik ; campak di pulau mana sekali pun..tetap jadi pohon merimbun :)






6 comments:

Mohd Firdaus bin Shafie said...

bace ni rase nk balik skolah :(

Anonymous said...

cheh. ngapain lo enggak ajakin gue?

nora said...

bro firdaus: balik jepun nnt jenguk la sekolah. best2

wan: lohh..hari jumaat kan..kebetulan aku tak ada kelas hari tu..nak ajak kau pun, err..kau kan busy sekarang :D (actually, aku decide last minute..nak text kau pun, number kau tak de..hp hilang hari tu..)

tepianmuara said...

rindu!!

nora said...

haniff: hah..kat sambest tu ada sorg ustaz baru..memang ramah..walaupun tak kenal, beriya btul borak..kalau jumpa student middle east,heh..lagi la galak dia bercerita..

yup,memang tak cukup pergi sepetang tu utk lepaskan rindu.

kena pergi lg..

hanimyusra said...

bagus nora!
lawat adik2 di sekolah!