Tuesday 14 June 2011

career pathway



penat menunggu seorang-seorang di rumah, akhirnya sampai juga hari kongress yang ditunggu-tunggu. mujur ramai senior-senior yang baik hati temankan saya. heh..tak kering gusi berborak dengan mereka. thanks kak hana, kak pa'a, kak ainil & akak-akak 4th year yang lain :') thanks to mira shukri juga tolong kemas rumah.

program utama untuk kami dental students sebenarnya hanya "The 2nd Dental Student Congress" pada 11-12 jun. tapi kongres ni berjalan serentak dengan "Malaysian Dental Association (MDA)/FDI World Dental Federation Congress, 68th MDA AGM & Trade Exhibition" yang bermula sejak 8 jun lagi. ini event tahunan yang besar. jadi memang bertuah la jumpa ramai dentist seluruh dunia.

sabtu, datang KLCC naik LRT. pelik rasanya datang KLCC kedai semua tutup lagi (nak cakap datang awal la tu). talk hari tu untuk dental student congress ok-ok je. biasalah..dah lama tak dengar lecture, memang mengantuk lah. paling best slot yang disampaikan oleh Dr.Nik Madihah pasal "Life as FYDO". FYDO-First Year Dental Officer. ala-ala housemanship untuk medical doctors la..setiap dentist yang baru grad kena buat FYDO ni setahun.tapi dengar-dengar akan datang jadi SYDO pula-Senior Year Dental Officer. dari setahun, kena extend sampai 2 tahun. heh..jangan lepas ni jadi TYDO dah la. nama pun macam pelik bebenor je bunyinye.

selain dental student congress, ada juga exhibition. memang best-kumpul goodie bags & segala macam jenama ubat gigi-berus gigi-mouthwash-pelakat gigi palsu pun ada. semua free. heh..berbondong-bondong bawa goodie bags. bak kata boss..kumpul banyak-banyak, baru berbaloi bayar fees mahal-mahal kan? masing-masing bagi produk latest mereka. colgate dengan berus gigi 360 surrounds, morning kiss dengan ubat gigi oregano, sensodyne, listerine.

bagus juga lah colgate bagi mouthwash (colgate plax). selama ni saya pakai listerine. fuhh...memang rasa sangat dia punya burning sensation. sebotol listerine kecik yang saya beli masa sem 1 dulu tak habis lagi sampai sekarang-nampak sangat jarang guna sebab tak best & rasa 'pedas' yang teramat. listerine yang baru ni (warna purple) lagi lah melampau-lampau pedas..mereka cakap, kalau tak tahan sangat dia punya burning sensation tu, dilute dulu dengan air. tapi macam tak berbaloi pulak. hah. macam nak promote colgate je..bukan-bukan..cuma nak bagi panduan kepada sesiapa yang baru cuba-cuba nak pakai mouthwash :)

hari ahad.
bertolak dari rumah lambat sikit. sebab program untuk dental student congress dah habis. cuma event utama je yang masih berjalan. banyak lectures yang disampaikan oleh dentists dari pelbagai negara..dan semua subjeknya saya rasa 'berat'. yelah..baru 1st year apa lah sangat yang saya belajar. tapi dengar je lah..ambil pengalaman. saya sempat masuk lecture pasal Benefits of Clinical Hypnosis in Dentistry-masuk lambat, jadi tak faham sangat; Elderly Oral Health-baru lepas makan, so tertidur.hehe; pasal Root Canal Treatment-tak belajar lagi, angguk-angguk je la sekadar perlu.....

lecture last saya masuk memang best & kagum sangat dengan dentist yang sampaikan lecture tu. 'Microvascularsurgical Flaps' oleh Dr Shah Kamal Khan. he's an oral surgeon with double degree; BDS & MBBS. fuhhh...rasa terinspirasi tengok Dr Shah. memang hebat + kagum sebab ke mana-mana, Dr Shah bawa imej islam. bersongkok, berjambang..masa lecture hari tu pun Dr Shah pakai songkok. Oral Surgery memang salah satu cabang dalam dentistry yang boleh dikatakan amat susah (dengan income yang sangat lumayan!).

masa jalan-jalan di tapak pameran, terjumpa Dr Shah..saya memang tak kenal, tapi ada senior yang pernah 'berguru' dengan Dr masa clinical attachment dulu. kami tegur Dr. Shah.. dalam oral surgery, anatomy kena mantap. ia memang cabang yang menarik, tapi alasan kami, anatomy susah. Dr Shah cakap, "in anatomy, you just have to read..you read once, you forget..you read again, then you forget..you read for the third time, maybe you can remember a quarter..just read, and read..you can hafal Quran by heart; so why not anatomy..." lebih kurang macam tu la Dr cakap. harap-harap nanti dapat peluang juga berguru dengan Dr Shah :)

dalam perjalanan balik, kak hana tanya; nak jadi dentist yang sibuk sangat-sangat tapi memang kaya 'gilleerr'; atau dentist yang sibuk biasa & income pun biasa? saya pilih yang kedua. entah la..saya nak ada masa dengan family,tu je..

malam tu, dental students' gala dinner. asalnya memang tak nak pergi. tapi kesian tengok sambutan yang hambar & bayaran pun dah reduce sampai rm30 je..kami pun pergi. wakil usim paling ramai kot malam tu.

hah. jumpa juga akhirnya dengan kamil. memang tak puas hati sebab masa sukan intervarsiti dulu tak dapat jumpa..kawan sekelas merangkap ketua kelas 5 biruni dan dia jelah kot yang ambil dental yang masih di malaysia selain saya dan mira shukri. selesai dinner, buat perjumpaan ex-sambest..heh,saya, kamil, mira shukri..kamil dah cabut satu gigi sebab nak pakai braces tak lama lagi, mira pun dah pakai braces. saya? tak perlu lah..ok dah kot gigi :P

kesimpulan: saya bagi 3 bintang dari 5. best sebenarnya. jumpa ramai dentists..ramah-ramah & baik-baik belaka. dalam otak saya dah ada mind setting yang dentists ni baik hati, soft spoken, ramah & tak sombong. mungkin la ada segelintir yang agak annoying & donut tuu...err,yang ni kami je faham kot.






tak sabar nak habiskan pre-clinical, masuk clinical years, FYDO.....and be a dentist!





moga dipermudah. :)




p/s: tahun depan MDA kat Kuching, Sarawak. kena kumpul duit dari sekarang.

5 comments:

rimbunhijau said...

selamat maju jaya ya nora! :)

dr.mya said...

tak tau la kalau nora mmg pandai cite or congress tu yg mmg best.
hajat nak g tahun depan tapi, sarawak?

nora said...

imah: thanx :)

mira: err..congres tu yg best kot. haa..sbb sarawak la kita kena pergi mira. jalan-jalan :) tarikh dia 24-28 mei 2012. harap2 kita tak exam la time tu

Anonymous said...

fuyoh. bestnya ada kongress pulak.

Hehe, aku dah biasa dah dtg KLCC kedai tutup. Dah la tuh kena naik tingkat 5, escalator pun tak gerak lagi (nih ialah hint aku kerja apa sekarang. hehe)

All the best nora. Nanti dah kaya raya bagilah aku braces satu. Sian aku tak mampu. hehe

nora said...

huh.kerja rupanya. padanla sibuk memanjang.lama tak update blog..

tingkat 5? ada apa ye? sory la..klcc belum jadi rumah kedua aku lagi, so tak arif sangat.heh

haha.yelah2.sekali kau lagi kaya daripada aku. macam mana tu?? tp boleh la kot..buat hadiah kau kahwin nnt;sepasang braces..mmg cool lah kan!

btw, thanks..gud luck juga. nnt dah nak fly, roger2 la kitorang...