Wednesday 8 June 2011

viva vs. psycho


alhamdulillah, viva berjalan lancar. konon spesel, jadi external examiner (dari UPM kot) habiskan masa dekat sejam men'viva' saya. kalau kawan-kawan lain doctor bagi peluang untuk pilih topic mana yang paling disukai dalam physiology untuk ditanya dalam viva tersebut, tapi saya..gatal mulut cakap "which topic..? err..you choose lah doctor". hah. memang masak lah..dari satu sistem ke sistem yang lain beliau tanya. boleh dikatakan, semua system yang kami belajar sepanjang setahun ni ditanya.

"so let's start with something related to dentistry", she said. mula dengan GIT. fuhh..from mastication, deglutition, digestion, absorption sampai defecation tak lepas beliau tanya. dah habis GIT, saya cakap "I'm so sorry doctor, actually I don't really like GIT" sambil muka senyum-senyum bak kerang busuk. doctor pun gelak besar. sebenarnya external examiner ni sangat sempoi..selain soft spoken & very very helpful, beliau suka gelak.

after that, we move to next systems..renal, acid base, respiration, CVS,blablablabla..lepas tu doctor tanya, "how about nervous system? neurology?" ok. saya amat jujur dan cakap itu killer topic dan saya memang tak mahir sangat. she laughed. gelak beliau memang buat saya rasa sangat cool..heh. doctor pun buat pengakuan jujur jugak yang beliau tak suka topic tu. so, selamat! tak ada lah tanya cerebrum cerebellum dan entah apa-apa lagi yang saya pun tak ingat sangat.

syukur lah. semua selasai..bak kata ain, thank you very much to our parents, lecturers, friends.......and JPA.heh

pengalaman viva tak lah teruk mana. saya boleh simpulkan, sebenarnya seronok. pengalaman pertama, tak semua rasa. mungkin ada yang menangis lepas jumpa external examiner dengan soalan killer, yang cuak sampai muka macam ayam berak kapur, yang relax sambil makan serunding daging rusa ainul husna..pengalaman merasai betapa pentingnya 1 atau 2 markah tu. kalau biasa orang cakap, kurang 1 sen tak cukup sejuta. as students, 1,2 markah tu la yang menentukan perlu viva atau tidak..; A+ atau A-, lulus atau gagal.

macam mana kalau 1, 2 pahala/dosa tu yang menentukan kita ahli syurga/neraka?

***

suasana genting semasa tunggu viva memang tak siapa dapat jangka apa yang akan terjadi. mungkinkah tangisan kita selepas dihujani soalan killer akan buat kawan-kawan lain yang sedang menunggu giliran ter'psycho'?

bahaya.memang bahaya.

tu lah...apa pun yang kita rasa, kadang-kadang kita perlu sembunyikan untuk jaga hati orang sekeliling. hah..cakap memang mudah. bila kita (saya) sedih, bila bengang..kita mahu satu dunia tahu perasaan kita. hempas pintu, hentak buku, menangis-(sindrom anak bongsu)..sedangkan apa yang kita zahirkan itu kadang-kadang menyebabkan ada hati lain yang lebih terluka.

lebih terluka.

faculty silap sebab tak kuarantinkan students yang dah & yang belum viva. kami pun silap..







buat mereka-meraka..moga tabah!





get ready to 'socialize' *sigh*
Malaysian Dental Students Congress, KLCC

3 comments:

~cik fitriah~ said...

uit,distinction kot!he..

mantap aa soalan dr!nseb bek aku xkna physio!huhu

emm.setuju dgn perenggan 'psyco' tu..xsgka leh jdi camtu skli..

papepun, sma2 kita doakan mereka.. aku hrp sgt2 mereka bersama kita hgga ke thun akhir..

err.. 'socialize'?? y it is in inverted comma???~~he..

Iman Suffiyah said...

hehe...xbrape setju arr sindrom anak bongsu tu.....hak33~

peace:p

tahniah!

nora said...

>dib: haha.mantap2 gak..tp ade je soalan doctor yang aku jwb dgn senyum2 kerang busuk sambil cakap "err..sory doc, i can't recall" huu..credit goes to kak pa'a sbb ajar ayat ni.

err..socialize? hu..faham2 je la..haa

>laila: tahniah jugak! pengalaman viva same2 mmg terbaeekkk ahh..