Bismillahirrahmanirrahim.
...setelah sekian lama. Alhamdulillah, atas segala nikmat, atas segala ujian yang Allah beri. Nikmat yang menuntut hamba memahami erti bersyukur; ujian yang mengajar hamba erti bersabar.
:)
Subuh. Sebelum matahai naik. Just like Sabah..
Perfect time for Dhuha kan? Matahari cantik je baru naik. #Favorite picture
1.
Bukit Tabur, 13 Mac 2013.
Pengalaman yang paling tak dapat dilupakan. Aku kena mengaku yang aku ada masalah gayat sebenarnya. Terutama sekali bila berhadapan dgn rock climbing, tali-tali dan batu-batu licin. Terima kasih banyak-banyak kepada hiking mates yang super awesome! - Anis & Miye. Without you guys, aku tak akan sampai ke puncak terakhir. Sweet memories :) Magnificent views. Subhannallah! Bila turun, pandang ke atas melihat 'banjaran' bukit-bukit batu kapur tu kembali, dalam hati cakap.."Ya Allah..I was there just now. Unbelievable!" Syukur juga, Allah bagi peluang ni, Allah lindung kami semua, untuk merasai pengalaman ini, dengan selamat. Terima kasih Allah Yang Maha Baik :))
2.
Some hiking tips:
- Kasut kena selasa & can grip well. Kalau cari hiking shoes saiz untuk ladies memang tak banyak. Tapi, Bubblegummers punya kasut pun boleh okay? Anis dah buktikan. Asalkan selesa & kaki tak sakit :)
- Stokin tebal. Sox world :)
- Hiking bag - kalau boleh beli yang kalis air & can support your backbone (ini penting).
- Air secukupnya - hari tu bawak 1 L air mineral, 1 botol kecil spray air untuk wuduk & 1 paket wet tissue (untuk 'kecemasan')
- Rain coat. Just in case.
- Headlamp. Hiking waktu gelap memang best!
- Makanan yang tak terlalu berat & tak terlalu manis.
- Lastly, good hiking mates :)
Oh..kena belajar cara tentukan arah kiblat di hutan juga. Belajar cara guna kompas. Jujur, aku terlepas pandang benda ni hari tu. Moga Allah ampunkan. hm..
3.
Clinical session.
Hectic life. Ada yang masih mampu menempuh hari dengan tabah, ada yang hampir rebah, ada juga yang sudah mengalah. Ain kata: "Life is full of choices. You can choose to give up, do nothing or keep moving forward." True. Absolutely true. Walaupun penuh onak dan duri, aku boleh kata yang aku sebenarnya excited menunggu hari-hari klinik. Belajar banyak benda baru. Jumpa orang. Make people happy with our services. Kadang-kadang, by the end of the day, lagi-lagi klinik petang, energy memang dah out sangat-sangat. Tapi cuba berikan yang terbaik. Dan walaupun tak mampu berikan yang terbaik hari tu, yakin yang esok masih ada. Doa supaya Allah bukakan hati patient supaya senang hati, bersabar, yakin dengan kita student yang cetek ilmu ni, dan supaya mereka terus compliant dengan kita.

4.
Family.
Alhamdulillah. Syukur..bila sibuk, barulah kita hargai masa-masa bersama keluarga. Betullah..jangan terlalu mencari kebahagiaan, tapi belajar beri kebahagiaan. Terasa masih di zaman budak-budak, berlari lintang pukang dengan ibu dikejar angsa, gelak bersama, jalan-jalan di kebun bersama. Lovely mom-daughter moment! Thanks Allah. Tak akan sesekali aku buat ibu susah hati lagi. Ibu makin meningkat umur, tak tahu berapa lama lagi boleh menatap senyuman ibu. Aku tak mahu sia-siakan masa yang ada ini dengan melihat kesedihan ibu. My one & only ibu.
5.
Personal life.
Ya Allah..saban hari diuji. Bersyukur, kalau tak diuji, boleh jadi kita lupa diri. Refleksi, koreksi, andai jatuh bangun kembali :)
1 comment:
Syukuri dan hargai apa yang ada..
Sebelum ia pergi ..
Pengalaman itu guru..
yang mana ia tidak akan diperoleh oleh orang lain..
Yang mendidikmu menjadi dirimu pada hari ini..
Usah tumbang dek cabaran..kerna masih ada harapan bagi yang tabah dan ingin berubah..
Post a Comment