Sunday 16 June 2013

Tenat.



Andai benar segala nikmat telah disyukuri, mana mungkin hati terisi dengan benci. Mana mungkin hati sakit memendam dengki. Rasa tidak puas di setiap inci. Merungut mengeluh membebel sendiri. Walaupun tiada yang mendengar, tapi semuanya membarah dalam hati.

Dan kerana itu,

Tidakkah kau sedar, hatimu kini seperti tiada lagi seri? Sudah sekian lama kau memandang bukan dengan mata hati. Kosong. Jiwamu kaku, hatimu mati. Gerak gerimu sumbang, kata-katamu menyakitkan hati.

Kau sombong dengan Ilahi. Doa munajat kau ketepi. Saat kebaikan yang manusia lain buru, kau kata itu semua palsu. Hatimu sedikit pun tidak terusik, bahkan dalam hati kau berbisik, "Ah, aku mahu jadi yang biasa sahaja".

Biasa bukan sekadar biasa. Kau tinggalkan apa yang pernah kau perjuangkan. Mulanya, kau takut, kau malu. Tapi hatimu makin membatu, sengaja kau buat-buat tak tahu. Kau 'selesa' begitu. Sedangkan kau tahu ianya perit. Kau tahu hatimu kian sakit.

Tenat.
Duhai yang merindui Tuhan, semoga ditunjukkan jalan.


2 comments:

Anonymous said...

Tiada istilah terlambat untuk 'kembali'..
Kembalilah padaNya..sebelum hati itu semakin jauh dibawa oleh ombak lautan..
Bersangka baik denganNya..
Dan bersyukurlah kerna masih ada nur keinsafan pada jiwa.

hanimyusra said...

terima kasih atas peringatan sahabat..
doakan kita senantiasa thabat di jalanNya...